Monday, October 26, 2009

mesin pencanai selinder












Mesin pencanai selinder digunakan untuk mencanai komponen yang berbentuk selinder contohnya sebatang aci . Benda kerja dipegang antara cuk dan tetengah atau dipegang antara dua tetengah dan disuapkan ke roda pencanai yang berputar. Benda kerja diputarkan oleh satu motor. Bindu tiga rahang dan tetengah terletak di atas meja mesin yang boleh di gerakkan secara membujur dan menegak.


engenalan.

Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda pencanai yang berputar. Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang di ikat oleh bahan pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses mencanai jitu. Proses penajaman di gunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain-lain lagi. Proses mencanai jitu pula di gunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan permukaan yang baik serta ukuran yang tepat

Mesin Pencanai Meja

Mesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini di boltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain-lain lagi


Mesin Canai jenis Kekaki.

Mesin pencanai kekaki adalah sama seperti mesin canai meja, kecuali ia mempunyai penyokong yang di boltkan pada lantai. Kegunaannya sama seperti mesin pencanai meja.


Mesin Pencanai Permukaan.
Mesin pencanai permukaan mempunyai satu roda pencanai berbentuk cakera yang di pasangkan pada arbor mesin. Meja mesin yang menempatkan benda kerja bergerak secara salingan di bawah roda canai. Meja mesin juga boleh di gerakkan secara melintang dan menegak. Pergerakan meja mesin boleh di lakukan secara manual atau automatik.

Mesin Pencanai Selinder.
Mesin pencanai selinder digunakan untuk mencanai komponen yang berbentuk selinder contohnya sebatang aci . Benda kerja dipegang antara cuk dan tetengah atau dipegang antara dua tetengah dan disuapkan ke roda pencanai yang berputar. Benda kerja diputarkan oleh satu motor. Bindu tiga rahang dan tetengah terletak di atas meja mesin yang boleh di gerakkan secara membujur dan menegak.


KEPALA INDEKS

*Click pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas
5.2 Jenis jenis pengindeksan

a) Pengindeksan Terus
b) Pengindeksan Mudah
c) Pengindeksan Sudut
d) Pengindeksan Kebezaan.


5.3 Kaedah Pengindeksan

5.3.1 Pengindeksan Terus

Pengindeksan terus ialah bentuk pengindeksan yang paling mudah sekali. Bahan kerja di pusingkan dan di tetapkan pada tempatnya oleh pin yang di masukan kedalam lubang atau lurah plat pengindeksan terus yang di pasangkan pada hujung spindal kepala indeks. Plat pengindeksan terus mempunyai tiga set lubang bulatan atau lurah ia itu 24, 30 dan 36, dimana nombor bahagian yang boleh di indek terhad kepada nombor yang boleh di bahagi dengan 24, 30 dan 36. Contohnya ialah :

i. 24 lubang bulatan / lurah, boleh di bahagikan kepada 2, 3, 4, 6, 8, 12 dan 24 bahagian.
ii. 30 lubang bulatan / lurah, boleh di bahagikan kepada 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan 30 bahagian.
iii. 36 lubang bulatan / lurah , boleh di bahagikan kepada 2, 3, 4, 6, 9, 12, 18, dan 36 bahagian.




5.3.1 Pengindeksan Mudah.

Dalam pengindeksan mudah kedudukan bahan kerja ditentukan oleh engkol, plat indeks dan lengan sektor. Benang ulir hendaklah dicantumkan kepada gear ulir yang terdapat pada spindal kepala indeks. Oleh kerana gear ulir mempunyai 40 gigi, satu pusingan lengkap engkol indeks akan menyebabkan spindal dan bahan kerja berpusing 1 / 40 pusingan. Begitu juga 40 pusingan engkol indeks akan memusingkan bahan kerja satu pusingan penuh. Nisbah pusingan engkol indeks dan spindal kepala indeks ialah 40 : 1.


Rumusan Pengindeksan Mudah :
Pusingan engkol indeks =40 /Nombor yang dibahagi



Bagi memudahkan kerja-kerja perindeksan, jadual 5.1 menunjukkan bilangan lubang
bulatan pada plat indeks dan jadual 5.2 menunjukkan bilangan lubang pada plat
tambahan jenis Cincinnati Piawai .


5.3.1 Perindeksan Sudut.

Bilamana pembahagian diberi dalam bentuk sudut, aturcara perindeksan mudah boleh juga digunakan tetapi cara mengira perindeksannya perlu diubah.Satu pusingan lengkap engkol indeks memusingkan 1/40 daripada 360 darjah atau bersamaan dengan 9 darjah.

Rumusan Pengindeksan Sudut :

Pusingan engkol indek= sudut yang hendak dibahagikan/ 9 darjah

Jika ukuran diberi dalam darjah dan minit, adalah lebih elok menukarkan darjah kepada minit ( nombor dalam darjah X 60 minit ) dan campurkan jawapannya dengan minit yang sedia ada.




5.3.1 Pengindeksan kebezaan

Pengindeksan kebezaan digunakan untuk membahagikan sebarang nombor yang tidak boleh dibahagikan dengan menggunakan samada secara pengindeksan terus atau pengindeksan mudah. Cara ini memerlukan susunan gear antara spindal kepala indeks dan sarung pinan supaya plat indeks turut sama berpusing. Kesimpulannya pengindeksan kebezaan ialah perhubungan dua pergerakan berikut :

1. Pergerakan pengindeksan mudah daripada engkol indeks.
2. Pergerakan plat indeks itu sendiri.


*click pada gambar untuk gambaran lebih jelas

Meraut Atas.

Meraut atas ialah satu cara meraut bila arah putaran pemotong peraut bertentangan dengan arah suapan bahan kerja . Dalam meraut atas, pinggir gigi pemotong peraut mula memotong dari bahagian bawah bahan kerja menyebabkan bentuk tatal adalah lebih tebal di akhir potongan . Oleh kerana tekanan yang besar di perlukan untuk gigi pemotong memasuki bahan kerja, gigi pemotong akan bergesel pada permukaan bahan kerja buat seketika dan akan menumpulkan gigi pemotong itu. Keadaan ini juga boleh menyebabkan benda kerja tertolak keluar dari pencekamnya.




Meraut Bawah.

Dalam meraut bawah, arah putaran pemotong peraut adalah sama dengan arah suapan bahan kerja. Pinggir gigi pemotong memasuki bahan kerja dari atas menyebabkan bentuk tatal adalah lebeh nipis di akhir potongan. Oleh kerana daya tekanan pemotong peraut terarah ke bawah, ini menyebabkan kedudukan bahan kerja sentiasa kukuh pada pencengkamnya. Meraut bawah tidak boleh di lakukan pada semua kerja meraut dan cara ini cuma boleh di lakukan pada mesin jenis kerja berat atau bilamana ‘ sebat-balik’ mesin tersebut telah di hapuskan. Ini di perlukan kerana, sekiranya mesin tersebut mempunyai sebat-balik, suapan berlebihan akan terjadi dan akibatnya kemasan yang di mesin akan terjejas.



*click pada gambar untuk gambaran lebih jelas

Pemotong Peraut

Untuk memulakan kerja-kerja meraut,kita hendaklah memastikan pemotong peraut yang di pilih dan benda kerja hendaklah di pasangkan dengan betul pada tempatnya. Untuk memastikan kerja-kerja meraut berjalan dengan lancar, pusingan perminit dan kadar suapan yang di pilih hendaklah sesuai dengan kerja yang akan di jalankan.

Pemotong peraut ialah alat pemotong berputar dan bila ia bersentuhan dengan bahan kerja,ia akan membuang logam tersebut dalam bentuk tatal. Biasanya pemotong peraut berputar pada satu tempat tetap sementara bahan kerja di suapkan kearahnya. Pemotong peraut di perbuat daripada keluli tahan lasak atau karbida terekat.Ia di buat dalam berbagai bentuk, saiz dan jenis untuk di sesuaikan dengan jenis kerja yang di lakukan.

sand casting

A sand casting or a sand molded casting is a cast part produced by forming a mold from a sand mixture and pouring molten liquid metal into the cavity in the mold. The mold is then cooled until the metal has solidified. In the last stage the casting is separated from the mold. There are six steps in this process:
  1. Place a pattern in sand to create a mold.
  2. Incorporate a gating system.
  3. Remove the pattern.
  4. Fill the mold cavity with molten metal.
  5. Allow the metal to cool.
  6. Break away the sand mold and remove the casting.